berbahagialah

be happy

kata orang hidup memerlukan pengorbananan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..

persoalannya adakah kejayaan akan menentukan kebahagiaan.. mungkin dari satu sudut kebahagaiaan yang dikecapi dari kejayaan adalah dengan tiada masalah kekangan kewangan. ye.. duit melimpah ruah. apa saja yang dihajati dapat dibeli.. adakah cukup untuk membahagiakan kita.. bolehkan wang ringgit membeli kasih sayang.. pasti jawapannya tidak.. tapi dengan wang ringgit kasih sayang boleh tercipta.. cuma tiada keikhlasan. tiada keikhlasan tiadalah benar erti kebahagiaan..

tolak tepi soal kebahagiaan wang ringgit.. ciptalah kebahagaiaan melalui keikhlasan. setiap hubungan yang ikhlas pasti tercipta kebahagiaan yang kekal. masalah pasti akan ada.. cuma bagaimana kita menangani masalah dari sudut yang waras dan positif.. jangan disia-siakan hidup yang singkat dengan mencari kebahagiaan wang ringgit hingga melupakan kebahagiaan kehidupan. jangan tunda kebahagiaan anda… kebahagiaan  memudahkan anda untuk mencapai kejayaan..

*lama tak tulis sebab sibuk mencari wang ringgit.. erk!

October 28, 2009 • Posted in: Apa Hal • No Comments

Maaf Zahir dan Batin

ji

September 18, 2009 • Posted in: Apa Hal • No Comments

raya

hari raya

aku sibuk ke sekarang neh..? huhu

memam sibuk pun.. macam2 hal lak di bulan poser neh..

apa apa pun

‘SELAMAT HARI RAYA’  SUMER…

MAAF ZAHIR DAN BATIN

September 11, 2009 • Posted in: Apa Hal • No Comments

selamat berpuasa

Picture 018

lama x update..

sibuk sikit cari peluang

selamat berpuasa mak, ayah, sayang..

selamat berpuasa semua muslimin dan muslimat.

August 22, 2009 • Posted in: Apa Hal • One Comment

pertemuan semula..

pada tanggal 15hb april 09, seorang dari kawan sekolah aku meninggal dunia kerana mengalami brain tumor.. arwah bagi aku adalah seorang kawan yang amat baik.. kehilangan beliau telah diratapi oleh sahabat handai.. semasa hayat beliau, arwah mengajak aku  mendaftarkan diri di dalam ruangan facebook untuk berbicara kembali bersama teman-teman lama di alam persekolahan dahulu. beliau juga mencadangkan agar kami semua dapat membuat satu perjumpaan untuk pelajar-pelajar yang mengambil  spm pada tahun 1990… tetapi, disebabkan kesibukan  teman-teman lain membuatkan cadangan beliau hanya bermain di kotak fikirannya.. tidak ada teman sukarela yang sanggup untuk menjayakan cadangan arwah sehinggalah beliau dijemput untuk pulang mengadap tuan empunya dunia.

‘pertemuan dengan arwah di alam  yang berbeza..’

kepulangan arwah kerahmatullah telah menjumpakan ‘kami-kami’.. sebilangan kecil sahabat beliau. rentetan peristiwa itu maka terpanggillah kami yang hadir untuk menyambung cetusan asal idea arwah untuk  menyatupadukan sahabat handai.. rakan taulan.. kawan-kawan di masa remaja dahulu. pertemuan pertama kami bertempat di sebuah kopitiam sekitar sg buloh telah dapat menghadirkan berbelas sahabat handai.. dan hasil perbincangan tersebut maka terlantiklah beberapa orang teman yang sanggup untuk bekerja secara sukarela bagi merealisasikan hasrat arwah..

satu ketetapan tarikh telah pun diwarwarkan kepada teman-teman di facebook.. dan ada juga yang mendapat berita  ini dari teman-teman lain melalui kecanggihan teknologi  yang ada sekarang… pada tanggal 17hb oktober 09.. insyAllah.. jika tiada aral melintang akan bertemulah kembali sahabat-sahabat… teman-teman.. rakan-rakan.. dan yang seumpama dengannya…

pendapat aku..  semua teman semasa zaman persekolahan adalah teman yang paling rapat.. kita membesar bersama.. mengharungi baik dan buruk.. ponteng memonteng.. rokok merokok… urat mengurat heheh.. hilai tawa… menangis juga mungkin ada yang pernah bersama… bergaduh?bersama… tidor sebantal? ada… makan sebungkus ?selalu… curik ayam goreng makcik kantin.. biasa jugak.. tengok konsert.. buat konsert.. pi party.. buat party… kena rotan ramai-ramai… huh….. macam-macam ada… ada yang dari darjah satu hingga ke tingkatan lima bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan alam persekolahan..

doa aku.. datanglah beramai-ramai wahai sahabat sekalian.. janganlah kita seperti hangat-hangat tahi ayam.. jom kita jalinkan persahabatan sepertimana yang telah tercatat suatu ketika dahulu. jadikanlah pertemuan ini sebagai pengikat kembali tali persahabatan yang terputus setelah sekian lama kita meninggalkan alam persekolahan.. buktikan kepada semua… kita  masih mampu untuk bersatu..

August 1, 2009 • Posted in: Apa Hal • One Comment